Najeehah International Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah syarikat pengeluar dan pengedar kepada produk kesihatan dan kecantikan. Pada 26 September 2019, syarikat ini didaftarkan sebagai “Rosliza Yaziz NN Holdings Sdn. Bhd.” dan ditukar kepada Najeehah International Sdn. Bhd. pada 21 April 2022.

Urusan pemasaran dan jualan produk Najeehah adalah berkonsepkan jualann Online dan Offline melalui pengambilan Stokis dan Ejen di seluruh negeri.

Najeehah juga mula mendapat permintaan daripada farmasi untuk menjadi sebahagian daripada perniagaanya. International Sdn. Bhd. kini dikuatkan lagi dengan 23 kakitangan tetap syarikat yang membantu menguruskan Perihal
Ejen, Pemasaran, Jualan dan juga kelangsungan perniagaan syarikat.

Sehingga kini syarikat ini berjaya memiliki 2 lot bangunan 3 tingkat di Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan. Selain itu, syarikat juga berjaya memiliki gudang yang berkeluasan 23,000 kaki persegi yang disewa khas sebagai premis penyimpanan produk Najeehah. Gudang ini berpengkalan di kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa Kota Bharu, Kelantan.

Rangkaian produk Najeehah adalah dari bahan mentah yang berkualiti yang diformulasi khusus dengan ekstrak Bidara dan Saffron. Ianya membantu memberikan manfaat yang terbaik kepada pengguna.

“Setiap Ibu Perlukan Najeehah.”

Bukan sahaja memberi 1001 manfaat kepada seisi keluarga tetapi membuka ruang kepada yang ingin menjana pendapatan.

Produk Najeehah telah mendapat pengiktirafan dari National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) bagi kategori Produk Minyak Aromaterapi, Balsam Aromaterapi, Kosmetik dan serta Penjagaan Kulit Wajah. Selain itu, Produk minuman seperti Kopi Bidara dan Susu Kambing Saffron pula telah menerima Anugerah Pensijilan Halal serta pengiktirafan dari ‘The BrandLaureate World Halal BestBrands’. Minyak Aromaterapi Saffron dan Bidara telah mendapat pensijilan halal dari JAKIM. Pengiktirafan dan Penganugerahan tersebut telah menjadikan produk Najeehah sebagai produk yang diyakini para pengguna
Najeehah.

tentang-kami-4