ROSLIZA BINTI YAZIZ

CEO NAJEEHAH INTERNATIONAL SDN. BHD.

Puan Rosliza Yaziz, yang mesra dikenali sebagai Madam Rosliza adalah Pengasas produk Najeehah. Beliau merupakan Ketua Pegawai Operasi (CEO) Najeehah International Sdn. Bhd. Dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan. Beliau adalah seorang usahawan wanita yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Drama dari Universiti Malaya (UM) pada tahun 2011. Beliau merupakan ibu kepada 6 cahaya mata hasil dari perkahwinan bersama suaminya Tuan Mohd Aizul Che Ujan.

Minat yang begitu mendalam dalam bidang kecantikan dan kesihatan, beliau mulakan dengan perniagaan atas talian. Pada peringkat awal, segala urusan perniagaannya hanya dilakukan dirumah bersama suami. Namun begitu, walaupun operasi hanya dari rumah, beliau berjaya membuat purata jualan bulanan sehingga melebihi RM10,000 sebulan.

Menyedari tentang betapa pentingnya membuat perkara betul dalam perniagaan, pada November 2012 beliau telah mendaftarkan perniagaan secara sah atas nama SF ADAMIA ENTERPRISE dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Dalam usaha menguruskan produk kecantikan sebelum ini, beliau berjaya membuka satu premis dibawah SF ADAMIA ENTERPRISE.

Menyedari tentang betapa pentingnya membuat perkara betul dalam perniagaan, pada November 2012 beliau telah mendaftarkan perniagaan secara sah atas nama SF ADAMIA ENTERPRISE dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Dalam usaha menguruskan produk kecantikan sebelum ini, beliau berjaya membuka satu premis dibawah SF ADAMIA ENTERPRISE.

Katanya masih ramai lagi perlu dibantu, masih jauh perjalanan Najeehah. Semoga Najeehah terus mengorak langkah kejayaan demi kejayaan sekaligus mengembangkan empayar perniagaannya di mata dunia.

Katanya masih ramai lagi perlu dibantu, masih jauh perjalanan Najeehah. Semoga Najeehah terus mengorak langkah kejayaan demi kejayaan sekaligus mengembangkan empayar perniagaannya di mata dunia.

Beliau akui bahawa bukan mudah untuk menguruskan perniagaan walaupun mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam membina dan mengurus ejen di bawah perniagaannya. Justeru, beliau mengambil inisiatif untuk mendalami ilmu pengurusan dan pentadbiran perniagaan agar lebih sistematik dan tersusun.

Walaupun perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar dalam menuntut ilmu, beliau berpendirian teguh dengan ilmu sahaja dapat mengembangkan lagi empayar perniagaannya.

Walaupun banyak cabaran yang datang, tidak sesekali melunturkan semangat beliau dan suami untuk memberi value kepada masyarakat. Melihat hasilnya kini beliau boleh tersenyum bangga kerana dalam masa yang singkat Najeehah dikenali di Malaysia dan mula dikenali di negara seperti Thailand, Singapura dan di Brunei.

FOKUS

ceo-najeehah

Madam Rosliza asalnya dari Surirumah kini bergelar
Usahawanita Berjaya. Tidak hairanlah satu persatu kejayaan mengiringinya.

Selain itu, Najeehah juga mendapat pengiktirafan dari British Pedia. Bukan sekadar brand Najeehah sudah di kenali namun beliau juga semakin menonjol dengan kekuatan yang ada pada dirinya. Ini terbukti pada tahun 2022 beliau terpilih sebagai (Speaker) jemputan mewakili Alumni Universiti Malaya pada Majlis Konvesyen Usahawan kali ke 2 di UMK.

Sekali lagi beliau dijemput menjadi (Speaker) utama untuk Webinar Borak Niaga anjuran Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bharu.

Antara kejayaan terbaru Madam Rosliza, beliau berjaya membuat program sendiri di bawah syarikatnya bagi program Kekal Berjaya Bersama Najeehah (KBBN) di Hotel Raia, Alor Setar, Kedah pada Ogos 2022 dan Setapak Bersama Najeehah di K Castle, Kota Bharu, Kelantan pada Oktober 2022.

MOHD AIZUL BIN CHE UJAN

COO NAJEEHAH INTERNATIONAL SDN. BHD.

Tuan Mohd Aizul yang juga dikenali sebagai Tuan Aizul, dilahirkan di Kota Bharu,Kelantan. Beliau merupakan suami kepada pemilik pengasas Najeehah International Sdn. Bhd.

Tuan Aizul merupakan Co-founder kepada syarikat Najeehah International Sdn. Bhd. dan bertindak sebagai Chief Operation Officer (COO) syarikat. Beliau bertanggungjawab penuh ke atas segala operasi yang dijalankan oleh syarikat termasuklah dari segi kakitangan, stok dan perkembangan perniagaan yang dijalankan oleh Najeehah secara langsung dan tidak langsung.

Menyedari tentang betapa pentingnya membuat perkara betul dalam perniagaan, pada November 2012 beliau telah mendaftarkan perniagaan secara sah atas nama SF ADAMIA ENTERPRISE dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

coo-najeehah
coo-najeehah

Pada tahun 2019, Tuan Aizul telah mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan beliau di sebuah syarikat swasta bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan yang dijalankan bersama Madam Rosliza. Sebagai COO kepada Najeehah International Sdn. Bhd., Tuan Aizul menjadi tulang belakang bagi pengurusan syarikat, yang mana bertanggungjawab kepada pengurusan operasi, strategik pemasaran, pembangunan syarikat serta pengurusan kakitangan.