Laku Keras

Ingredient

DAUN BIDARA (ZIZIPHUS MAURITIANA)

Daun Bidara merupakan pokok malar hijau keluarga Rhamnaceae yang banyak dimanfaatkan sebagai sumber makanan mahupun untuk tujuan berubat dan kebersihan.

SAFFRON (KUMA-KUMA)

Saffron adalah satu nama dari nama rempah yang berasal dari bunga pacar atau tanaman Crocus Sativus dan terkenal sebagai herba termahal di dunia yang sering digunakan sebagai penyedap makanan.

PUDINA (TUMBUHAN AROMATIK DARI GENUS MENTHA)

Pudina adalah sejenis tumbuhan herba yang tergolong dalam spesies mentha yang bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta bersifatkan antiseptik, antiparasit dan antivirus.

MINYAK PATI (ESSENTIAL OIL) - MINYAK SEMULA JADI

Minyak Pati biasanya diperoleh melalui penyulingan dan mempunyai ciri-ciri haruman tumbuhan atau sumber lain dari mana ia diekstrak serta ianya digunakan dalam minyak wangi, kosmetik serta perisa makanan.

HABATUS SAUDA - JINTAN HITAM (NIGELLA SATIVA)

Habatus Sauda adalah sejenis tumbuhan berbunga tahunan yang tumbuh secara aslinya di Asia Selatan dan Asia Barat Daya. Ia digunakan sebagai rempah dalam masakan India, Asia Barat dan juga masakan Poland dengan rasanya seperti lada hitam, bawang besar dan oregano dalam satu rasa.

MINYAK KAYU PUTIH (EUCALYPTUS OIL)

Minyak Kayu Putih adalah salah satu jenis minyak pati (essential oil) terbaik berasal dari pohon Eucalyptus (Eucalyptus globulus) yang tumbuh dengan cepat dan biasanya digunakan dalam perubatan tradisional.

MINYAK KELAPA DARA (VIRGIN COCONUT OIL - VCO)

Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang dikeluarkan daripada buah kelapa yang cukup matang melalui proses khas tanpa merosakkan struktur asal dan khasiat semulajadi dalam buah dan ianya sangat bermanfaat dalam kesihatan dan kecantikan.

MENTHOL (SENYAWA ORGANIK KOVALEN)

Menthol dibuat secara sintesis atau diperoleh daripada ‘peppermint’ atau minyak pudina yang lain yang berfungsi untuk meredakan iritasi tekak ringan.

KOPI ARABIKA (KOPI ARAB, KOPI SEMAK ARAB ATAU KOPI GUNUNG)

Kopi Arabika adalah sejenis spesies dari genus Coffea yang diyakini sebagai spesies kopi pertama yang dibudayakan yang membantu meningkatkan oksidasi lemak pada saraf pusat serta meningkatkan proses metabolisma.

KURMA (NAKHLA ATAU PHOENIX DACTYLIFERA)

Kurma adalah tanaman palma (Arecaceae) dalam genus Phoenix di mana buahnya yang boleh dimakan mengandungi vitamin C dan flavonoid yang membantu meningkatkan keanjalan kulit sehingga lembut dan halus serta mengandungi vitamin B5 yang membantu mencegah masalah kulit.

MADU (SUBTANSI MAKANAN MANIS DAN KENTAL)

Madu adalah substansi makanan manis dan kental yang dibuat oleh lebah madu dan beberapa serangga lain dari sekresi gula tumbuhan (nektar bunga) atau dari sekresi serangga lain (tembikai susu atau madu serangga), mengandungi vitamin A, vitamin B kompleks, vitamin C, vitamin E, vitamin K, Karotenoid, flavonoid dan asam fenolik yang berfungsi sebagai bahan semulajadi untuk penjagaan kecantikan.

BUAH ZAITUN (OLEA EUROPAEA)

Buah Zaitun yang tua diperas dan minyaknya diekstrak menjadi minyak zaitun yang dapat digunakan untuk pelbagai keperluan dalam kesihatan dan kecantikan seperti menjaga kesihatan jantung.

DELIMA (SUPER FRUIT)

Delima adalah ‘super fruit’ dengan kandungan nutrisi yang kaya dan tinggi antioksidan yang berfungsi menjaga kesihatan kulit seperti membantu penyembuhan luka.

KISMIS (BUAH ANGGUR KERING)

Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan di bawah sinar matahari atau menggunakan penyahhidrat makanan dan bermanfaat untuk kesihatan jika dimakan dengan jumlah yang sederhana kerana ianya kaya dengan serat, vitamin, mineral termasuk kalsium dan zat besi yang bermanfaat untuk kesihatan.

SUSU KAMBING ASLI (SUSU KAMBING SEMULAJADI)

Susu Kambing Asli ialah susu daripada kambing ternak betina yang kaya dengan silikon dan mineral yang membantu menyihatkan kulit dan mempunyai pengaruh positif kepada kulit, rambut, kuku dan sistem saraf.

Achievement

“Puan Rosliza Yaziz tak lokek ilmu walau sedikit. Satu persatu beliau ajar. Tersangat mudah rupanya bila kita berniaga dengan ilmu. Berniaga pun kena ada sistem, masa lebih terurus,sales Alhamdulillah ada je duit masuk walaupun kita jaga anak di rumah. Dengan Najeehah dapat belajar cara urus diri, family & bisnes, untuk dapat redha Allah & berjaya dunia akhirat. Kalau awak suri rumah macam kami jomlah join jadi sebahagian family Najeehah!

Kenapa Family Najeehah?